Saturday, November 7, 2009

COMING SOON AT CINEMA - MY FAVOURITE MOVIE

Salam....

Juz want to share with you...nice movie to watch & coming soon at cinema.
Harus nonton ...film yang lain daripada yang lain. Sebagai muslim kita mempunyai kepercayaan sendiri kepada hari Kiamat dan juga hari mendatang selepas Kiamat begitu juga dengan tanda-tanda hari terakhir. Namun sebagai hiburan, setidaknya untuk kesedaran diri sendiri bahawasanya dunia ini bukan untuk selamanya...pinjaman semata-mata...

Jomm....jom....jom...tgk wayang 2012 - DOOMSDAY pada 12 Nov 2009 (Malaysia)



The Twillight Saga - NEW MOON (20/11/2009)




Alvin & the Chipmunks 2 - SqueakQuel (coming December)


LET'S GO BABE....LET'S GO TO THE CINEMA......


Friday, November 6, 2009

This Is It - Moment in MJ's lifetime


Salam....

Masih teringat-ingat , terkenang-kenang akan setiap tutur kata budi dari Michael Jackson dalam filem This Is It. Gara-gara tension keje (especially dgn boss yang bossy yang busy body wahhhh!!! hakikat lepaskan geram jew....) angah release kan dengan menonton filem This Is It. Secara mata kasar kita akan katakan ianya sebuah filem garapan dokumentari tetapi secara mata halusinasi, ia di tontonkan untuk melihat akan usaha beliau untuk menjayakan konsert terakhir besar-besaran berikut dan juga cara beliau bekerja dgn semua crew termasuk musician, dancer , back-up singer dan semuanya adalah dengan secara profesional namun beliau turut menitikberat setiap yang bekerja dgn beliau sebagai keluarganya.

"We're a big family, a family," itulah tutur kata akhir beliau bersama keluarga crewnye... a great singer, a great dancer @ choreographer, a master of musician also with unique voice. It is MJ - This Is It. "God Bless You" , setiap kali ia sentiasa mengingati pada Tuhan-Nya dan sentiasa mengungkapkan kata-kata syukur. What a humble person.... Bagi angahlah, untuk menonton filem ini harus mengingati semula akan bermula kerjaya beliau sejak The Jackson hingga berjaya menjadi King of the Pop..then barulah ada penghayatan dalam setiap gerak langkah dan tutur kata beliau dalam filem ini.

Tapi sayang...tak sangka dalam kecergasan, kepintaran dan usaha gigih beliau dalam latihan konsert tidak menampakkan langsung kesakitan namun dengan sekelip mata, sekilas pandang beliau telah meninggalkan KAMI semua tanpa isyarat. Hakikatnya , hanya MJ satu di dunia dan tiada sesiapa pon yang berhak merampas takhta King of the POP gelaran dari beliau. Walopon beliau telah pergi untuk selamanya tapi.....sejarah beliau kekal abadi selamanya untuk di peringati. Lebih-lebih lagi MJ terlalu sayang dan cintakan keamanan dunia ini...selalu memperjuangkan hak2 dunia dengan penuh ihsan dan perikemanusiaan. Kalau di lihat penyanyi sekarang mementingkan keuntungan untuk membuat lagu tanpa melihat di sekelilingnya...itu lah bezanya Michael Jackson.








LUV U 4 EVA - MJ

Album MJ mencatatkan jualan tinggi dalam masa 14 tahun

LAGU Michael Jackson, ‘ This Is It’ menduduki pertama dalam carta lagu Amerika.

Manakala sebanyak 375,000 albumnya terjual pada minggu pertama album itu berada di pasaran dan merekodkan jualan tertinggi selama lima minggu berturut-turut.

Ini merupakan satu rekod bagi Michael Jackson sejak tahun 1995.

Album penyanyi itu juga merekodkan kedudukkan nombor satu dalam 16 buah carta lagu di seluruh dunia.

Thursday, November 5, 2009

CONCERT EDU CARE - AIMAN GENTO

Salam.....

Selamat petang...salam sejahtera..wahhh!!!
Angah nak paparkan al-kisah anak sedara lelaki sorang yang tinggal bersama-sama atok, along, kak yuyui & kak ila di Teluk Intan. Dari kecil seusia dlm 3thn dah tinggal kat sana sehinggalah di masukkan ke tadika Educare dari usia 4tahun hinggalah 6tahun. Seperti selalu, tiap-tiap tahun ada jew concert-nya wajib semua org dtg & nonton (begitu jugak kak yuyuinyer & kak ila). Tak boleh miss langsung...nanti di tanya soklan soklan cepukmas.

Ahad - 1hb November 2009, adalah concert terakhir aiman gento (maksud giant) di tadika Edu Care. (walhal sabtu malam angah tgk teater Cuci The Musical) bersambung lak dgn concert tadika edu care nieh. Selepas keje dlm kol 9am angah bergerak dari tempat keje ke Teluk Intan. Awal jugak sampai dlm kol 11.30am...tetapi alahai mata ngantuk gler sbb x cukup tido... Anyway berborak dulu...makan dulu...then tido....

Concertnya mula selepas Maghrib dlm kol 7.30pm. Along, angah , kak yuyui dan keluarga aiman gento pon bersiap dan bergerak ke Dewan Serbaguna Teluk Intan (ada ekon lagik....sejuk jugak sbb seharian hujan kan..). Terkujat!!!! Penuh dewan tu...memang 1M. Semua bangsa ada....tak kira Melayu, China, India, Punjabi...apa apa lagi..malah masakan 3kaum ini juga di utamakan. Mengalahkan concert dinner artis lagik.....

Anyway, sblum berakhir coretan angah sertakan sekali gambo-gambo yang sempat di'snap' tp gambo angah x dak lah...hehehehhe.... Suke sangat tgk kanak-kanak kecil nie...comey comey belaka....

Wednesday, November 4, 2009

Blast @ Genting Highland

Salam...

Dah lama tak menconteng kat blog nieh. Pagi ni tangan lak gatal nak menulis tapi kureng idea..hehehe. Anyway, angah nak share sikit bercoti-coti di Genting Highland pada 25/10 ~ 26/10/2009. Walo pon 2hari 1 malam tetapi bahangnya tetap terasa sampai ke hari nieh. Thanks to Nadia, Rockin Lieza & Nadiafc. Really have fun...secara tak langsung ramai kenalan. Nice & i'm really hepi sharing the moments with uols. Puas???!!! Memang tak puas lagik...mcm tak cukup hari la pulak.

So, di sebabkan tak terkata2, angah tepek jew gambo kenangan di Genting. Hope to see uols again maybe some other days @ time. Kalo bley perkelahan, perkhemahan selama 7 hari 7 malam..wakakakaka..x hengat nak balik ke????

INI LAH HARI-HARI PELEPASAN & KEGEMBIRAAN KAMI.
JIKA ADA PELUANG KEEMASAN PASTI BERSUA LAGI

Friday, October 30, 2009

Menggegar Dunia ** Adam & Stacy**

SALAM.....

Jom berhibur dgn video clip Adam & Stacy bergabung MALATOPPPP!!! Menggegar Dunia!!




Tuesday, October 27, 2009

Hans Kotakan Janjinya

EMPAT tonggak Cuci The Musical iaitu Awie, Hans, Afdlin dan AC.

Cuci The Musical yang dibarisi bintang terkenal tanah air sarat adegan pecah perut

USAH dibandingkan Cuci The Musical (CTM) dengan teater lain kerana persembahan oleh Tall Order Productions ini mampu berdiri atas nama dan kekuatannya sendiri. Tampak ringkas, tetapi teater ini sarat dengan detik yang menghiburkan serta persembahan memberangsangkan barisan bintangnya.

Elemen komedi yang kuat, diselitkan menerusi dialog serta gelagat pelakonnya di pentas, membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang hampir tiga jam persembahan berjalan. Bahkan, CTM hampir disalah erti sesetengah peminat sebagai sebuah pementasan lawak, dek banyak sekali saat melucukan termuat di dalamnya.


Dialog kelakar yang terpacul secara tiba-tiba di mulut pelakon, dikira amat menjadi, sehingga peminat tidak senang duduk di kerusi. Janji yang diucap Penerbit Eksekutifnya, Hans Isaac, ketika ditemui Hip beberapa minggu lalu bahawa peminat akan ketawa besar melihat pelbagai telatah watak dalam teater itu kini ditepati.

Begitupun, pengarah bersama, Datuk Zahim Al-Bakri dan Harith Iskander tidak melupakan genre asal teater ini. Maka, selang beberapa ketika, penonton dihidang dengan nyanyian bintangnya termasuk Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie, Vanidah Imran, Adibah Noor, Ramli Hassan, Harith dan Hans sendiri.

Hampir 90 peratus bintang yang mewarnai CTM ialah pelakon yang turut bergelar penyanyi, ataupun sudah berpengalaman luas dalam persembahan muzikal. Lalu, nyanyian secara langsung mereka dilihat berjaya memikat hati, disokong pula irama sedap didengar ciptaan Pacai dan Douglas Lim.

HARITH memikul dua tanggungjawab, sebagai pengarah dan pelakon.

Antara yang menyerlah tentunya Adibah, yang melontarkan vokal terbaik setiap kali membuka mulutnya. Dewan bagai terdiam tatkala penyanyi Terlalu Istimewa ini mengambil giliran menyampaikan lagu seterusnya.

Adibah juga kelihatan sangat serasi berpasangan dengan Awie, seorang lagi penyanyi yang sememangnya terkenal dengan vokal yang tinggi. Pasangan ini nampak comel bersama, sedikit sebanyak menghidupkan lagi cerita yang diketengahkan. Penonton pasti tertawan dengan kisah cinta dua penyanyi dan pelakon ini.

Pada masa yang sama, lakonan pelakon lain harus dipuji. Afdlin, Ramli, Harith dan rakan yang lain cuba mempamerkan persembahan terbaik. Penonton akan terasa melihat aksi Afdlin, mereka ketawa menyaksikan gelagat Awie dan AC, ada yang tersenyum dengan sikap jujur Hans serta tidak kurang yang terpikat dengan penampilan Vanidah.

Namun, AC seakan berjaya meletakkan dirinya setapak di depan dengan persembahan begitu membanggakan. Dengan aksi serta lakonan yang semula jadi, lontaran vokal yang baik serta lawak yang memang mencuit hati, pelakon ini memastikan kelibatnya di pentas tidak dibayangi bintang lain.

CTM bukan hanya menghiburkan peminat dengan lawak pecah perut dan kehebatan nyanyian mahupun keindahan lagunya, ia juga menyuntik elemen baru dalam pementasan teater di negara ini. Paling ketara, semestinya kewujudan babak pertandingan mencuci bangunan, yang menyaksikan pelakonnya perlu menuruni dinding agak tinggi. Ada juga babak romantik yang menyaksikan Hans dan Vanidah menaiki gondola, memberikan penonton satu pandangan berbeza.

Pujian juga patut diberikan kepada pereka tari, Stephen Rahman-Hughes. Daripada watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, dia kini bertanggungjawab mereka gerak tari untuk Cuci. Namun, gerakannya agak berbeza, yang membantu CTM untuk nampak berlainan daripada teater sebelum ini. Cuma, ketidaksamaan pergerakan yang kadang kala berlaku di kalangan pelakonnya boleh mengganggu konsentrasi.

CTM juga agak meleret, sehingga persembahan yang dimulakan kira-kira jam 8.45 malam hanya tamat selepas jam 12 tengah malam (dicampur rehat selama 15 minit di antara dua babaknya). Jika bahagian pertama mengajak penonton ketawa melihat pelbagai babak lucu, bahagian kedua pula lebih dramatik apabila konflik mula berlaku.

Muzikal ini bukan saja mengajak penonton mengikuti perjalanan suka duka empat beradik ini mencapai impian, malah ketika yang sama mengerti erti persaudaraan, pengorbanan, kekecewaan dan kasih-sayang. Sebuah persembahan yang membanggakan, CTM memastikan penonton pulang dengan sejuta tawa dan kenangan.

Teater muzikal ini dipentaskan di Istana Budaya sehingga 8 November. Tiket menyaksikan persembahan boleh didapati di Istana Budaya dan menerusi Axcess Tickets Sdn Bhd.

SINOPSIS: Cuci The Musical

CUCI The Musical mengisahkan empat beradik, Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C’Tan (AC) yang mengusahakan perniagaan mencuci tingkap bangunan secara kecil-kecilan. Selepas sedekad, syarikat Cuci Cuci Services dilihat belum mencapai kemajuan, akibat semangat mereka yang kurang. Hanya Fairil yang sering dilihat memasang impian untuk maju ke depan.

Bagaimanapun, peluang untuk mencapai impian tiba apabila Cuci Cuci Services dijemput menyertai pertandingan mencuci tingkap, Window Washing Olympics. Pertandingan itu diselenggara syarikat diketuai Citi Jasmin atau CJ (Vanidah), anak seorang lelaki berjaya bergelar Tan Sri (Ramli). Pemenang pertandingan akan diberikan kontrak mencuci Menara Berkembar KLCC.

Pada pertandingan itu, mereka perlu berdepan dengan juara bertahan, kumpulan Wira Maju yang diketuai oleh teman lelaki CJ, Wira (Harith). CJ yang meragui cinta Wira padanya mula menyimpan perasaan pada Khai apabila mereka bertemu dalam keadaan yang sungguh tidak disangka. Manakala pembantunya, Farah (Adibah), pula terpikat pada Jojo, lelaki yang pandai memasak.

credit: Nurulhisham Abdul Latiff

nurul@bharian.com.my

MOH KITA BERAMAI-RAMAI NONTON
CUCI THE MUSICAL

DI PANGGUNG ISTANA BUDAYA...

Saturday, October 24, 2009

Tension angah release dengo lagu Industan...

Salam.....

Lagu-lagu Industan yang mengamit dan mendayu-dayu...membuai-buai...rasenya..











Thursday, October 22, 2009

Papadom Dapat RM2.4Juta Dalam 13hari

Salam...

Wahhh!!! Alhamdulillah..walopon dalam kesuraman industri filem Malaysia berjaya juga Papadom meraih RM2.4 Juta. Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Baru-baru ini, walopon angah dah tgk filem nieh dgn kengkawan pada Sabtu (17/10) masa balik kg petang tu jugak ajak along & anak-anak sedara pegi nonton filem Papadom. Tapi sayangnya, di Teluk Intan boleh tayang citer Surrogates tetapi Papadom tak der pulak. Peduli apa!!?? Ajak ke Ipoh, smua hepi...petang tu jugak ke Jaya Jusco, Ipoh konon nak tgk kol 7.30pm tetapi ...dah full house. Terpaksalah tgk pukol 9.30pm, sempatlah makan malam & round2 kat JJ. Nasib baik wheel-chair along boley masuk panggung, for the 1st time along masuk panggung wayang setelah sekian lama disebabkan terpaksa guna wheel-chair.
dengan along & anak-anak sedara yang tersayang.....

Eventhou angah dah tgk..tp tetap xcited gler jugak. Dalam hampir kol 12mlm gak habisnyer, seronok tgk anak2 sedara hepi nonton filem Papadom. Akhirnya...kol 2.15 pagi baru sampai Teluk Intan.....

Antara babak-babak Papadom yang tetap menjadi ingatan dan kenangan:-

Coming soon....31/10/2009 bersamaan hari Sabtu akan ke teater Istana Budaya untuk menonton Cuci The Musical. Can't wait any longer.....demam cuci pulak.

Wednesday, October 21, 2009

Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10

Anwar Ridhwan bersama anugerah selepas menerima Anugerah Sastera Negara Ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, 60, atau nama penanya Anwar Ridhwan diumum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah tersebut kepada tokoh sastera dan bahasa itu yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini malam ini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.

Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sini malam ini, Muhyiddin berkata, pemilihan Anuar berdasarkan sumbangan kreatif dan kesan pemikiran sehingga membentuk tradisi persuratan tersendiri bagi masyarakat negara ini.

Beliau berkata, ketegaran dalam mendalami dan mempertahankan nilai pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan menjadi penilaian utama ahli panel untuk memilih penerima anugerah.

''Di samping itu, komitmen sasterawan dalam kegiatan sastera secara berterusan sehingga membentuk tradisi persuratan yang tersendiri serta didukung dan diteruskan oleh generasi penulis juga dijadikan asas penilaian," katanya.

Beliau berkata, pengurniaan Anugerah Sastera Negara merupakan iltizam berterusan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan sasterawan dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan karya sastera kebangsaan.

Berikutan itu kata beliau, sebagai tanda penghargaan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah ganjaran daripada RM30,000 kepada RM60,000.

Muhyiddin juga menyarankan agar penterjemahan karya Sasterawan Negara dan karya-karya besar yang lain diusahakan dengan lebih terancang.

Menurutnya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga perlu memberikan ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan-tulisan ilmiah berkaitan sastera.

''Karya-karya ini boleh disiarkan di akhbar-akhbar vernakular dan diuar-uarkan di media baru sebagai salah satu kaedah pengembangan dan pemasyarakatan sastera kebangsaan sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan 1Malaysia," katanya.

Anuar yang dilahirkan pada 5 Ogos 1949, merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara selaku Pengarah Penerbitan pada tahun 2005.

Antara cerpen beliau yang popular ialah Parasit, Sesudah Perang, Sangkar dan Dunia Adalah Sebuah Apartmen manakala drama pula seperti Orang-orang Kecil serta Yang Menjelma dan Menghilang.

Novel terkenal beliau ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Ogonshoto.


credit to: Utusan Malaysia

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


Pada 22 Oktober ini, 30 buah pawagam bakal dihangatkan dengan sebuah filem epik yang diolah berdasarkan kisah benar. Lebih mengejutkan, filem tersebut mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan akibat pelbagai masalah misteri hingga membantutkan kelancarannya.

Malah pelakon utamanya iaitu Farid Kamil ketika mula-mula berlakon dalam filem tersebut baru sahaja berusia 22 tahun. Selanjutnya, ketika berusia 25 tahun, Farid menyambung lakonannya semula untuk memperkemas filem Lembing Awang Pulang Ke dayang yang disifatkannya amat mencabar.
"Untuk menghayati watak Awang, saya telah meminta izin dan tunjuk ajar daripada waris Awang sendiri di Johor. Dengan tunjuk ajar mereka, Alhamdulillah... saya seperti mendapat semangat baru untuk berlakon dengan lebih baik," ujar Farid ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut di Mutiara Damansara.

Sinopsis


Kisah terjadi kira-kira 200 tahun dahulu disebuah pekan bernama Padang (sekarang di daerah Muar). Terdapat seorang gadis rebutan pemuda kampung bernama Dayang (Siti Elizad). Dayang menaruh hati terhadap Awang (Farid Kamil), pemuda tampan harapan Padang.
Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Dato Kuswadinata) yang mementingkan darjat, mengenakan syarat yang ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama 3 tahun. Awang menyahut cabaran adat dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga ‘keringlah laut tanah Melaka’. Bachuk (Zul Huzaimi) juga meminati Dayang. Dengan ketiadaan Awang dan dengan bantuan guru silatnya Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas ketua lanun, Bachuk mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang. Pelayaran Awang hampir musnah apabila sampannya di serang lanun. Dia dijumpai terdampar di pantai oleh seorang pengembara aneh yang gemar berfalsafah bernama Dekar Agas (Aziz M Osman). Dengan bantuan Nakhoda Galigo (Khir Rahman), Awang belayar ke Makasar (Pulau Sulawesi) untuk mencari duit dan kain mastuli. Dia bertemu dengan Claudia (Mei-Ling Ludi), seorang wanita Belanda cantik yang jatuh cinta kepada Awang dan tidak membenarkan dia balik ke Padang. Apabila tempuh 3 tahun hampir tiba, Awang masih belum pulang dan Dayang diresahi khabar-khabar angin yang tidak baik. Usaha Bachuk mendekati Dayang masih berterusan dan Dayang kini sudah jinak-jinak merpati.


credit to: myartis.com

Dari Kisah Benar


Menurut sejarawan Johor, Shahrom Hussien, peristiwa menyayat hati ini berlaku pada 1776, apabila anak penghulu Parit Bakar, Bacok dari keturunan Bugis berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan pemuda sekampungnya, Awang.

Pertengahan 1776 - Ketika matahari pagi baru bersinar di ufuk timur, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar , Johor setelah hampir genap tiga tahun lima bulan belayar. Dia mengandarkan dua batang lembing kurniaan Raja Bugis sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat) dan uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinan dengan Dayang.

Sebaik Awang naik ke pangkalan, beberapa pemuda berlari-lari ke arahnya dengan kehairanan. Mereka seperti terkejut melihat Awang. Lantas mereka menyampaikan berita pernikahan Dayang dengan Bacok dan upacara persandingan yang akan diadakan selepas Asar nanti.

"Jadi semua ini angkara Bacok!!!!" kata Awang dengan geram. Pemuda-pemuda itu yang merupakan rakan-rakan awang mengangguk-angguk. Setiba di rumah, Awang termenung panjang. Di kala itu juga darahnya tambah menggelegak apabila terbayangkan kebaculan Bacok memfitnah kononnya dia mati dalam pelayaran.

"Sedangkan lautan luas dapat kuharungi, inikan pula bumi medan tempat berpencak. Tiap-tiap yang menebus mesti sanggup membayar....." kata Awang penuh geram.

Tengah hari itu di hujung serambi, awang melumur salah satu lembingnya sementara sebilah lagi disandarkan ditepi tiang.

"Kenapa satu lembing saja dilumuri air limau?" tanya ibu Awang.

"Tandanya lembing ini menangis mak. Ini yang betina. Ia malu kerana tak dapat disatukan dengan lembing jantan tu. Sebab itulah Awang terpaksa jauhkan antara satu sama lain. Sebab bukan jodohnya. Kalau tak diceraikan kita seisi rumah akan menangis mak," beritahu Awang. Melopong mulut ibu Awang mendengarnya.

Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing. Bunyi nafiri, gong dan gendang riuh-rendah tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok memakai baju pesak sebelah, berseluar singkat kaki kecil dan bertanjak hitam segak duduk di atas tandu.

Sebaik usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, tanpa berlengah Awang merodok mata lembing ke perut Bacok. Gempar! Suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan gegak gempita. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan lari lintang pukang.

Seorang dua tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik tercabut, bagai ada kuasa ghaib, senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti dipandu melayang pula mencari tetamu yang lain. Begitulah seorang demi seorang rebah sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

Anehnya selepas dicabut lembing yang terlekat di perut ayah Dayang oleh tangan Dayang sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati". Awang pula meninggalkan Muar berlayar ke Endau. Dayang menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat. Lembing itu diperturunkan kepada keluarganya dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.